Perjalanan Spikeball Mencapai Jualan Tahunan $1,000,000 Tanpa Pekerja Sepenuh Masa

Spikeball adalah permainan Chris Ruder, abangnya dan kawan-kawan bermain pada lewat tahun 80-an.

(Spikeball adalah permainan seperti bola tampar, menggunakan bola tenis dan gaya sepak raga. Search ‘spike ball’ di YouTube untuk tengok cara permainan Spikeball)

Tahun 2004, mereka sekumpulan pergi ke Kauai, Hawaii dan bermain Spikeball di sana. Mereka sangat ‘enjoy’ dengan Spikeball dan bermain selama 5 hari berturut-turut.

Pada waktu itu ramai orang bertanya 3 soalan yang sama: Permainan apakah ini? Bagaimana cara bermain? Di mana saya boleh beli peralatan untuk permainan ini?

Apabila pulang ke rumah Chris mula nampak ia adalah permainan yang ramai orang suka.

Tidak lama selepas itu Chris fikir kenapa tidak hidupkan Spikeball sebagai permainan yang dinikmati oleh ramai orang lain.

Mula Bisnes

Setelah berbincang dengan peguam, mereka berjaya mendapat hak cipta dengan bayaran $800.

Dengan perbincangan lanjut dengan 5 orang lagi rakan, akhirnya mereka berjaya mengumpul modal $100,000 untuk memulakan Spikeball. Tidak ada seorang pun dari kalangan mereka pernah mengendalikan syarikat, mengeluarkan produk dan membuat penjenamaan. Peluang untuk mereka gagal tentunya amat tinggi.

Kerjasama

Semua orang bersetuju untuk tidak berhenti kerja buat bisnes Spikeball secara separuh masa. Mereka mesyuarat setiap dua minggu untuk masing-masing melaporkan apa yang telah tercapai.

Setelah 5 kali perjumpaan, barulah nampak bukan senang untuk mendapat pasukan yang bekerjasama. Ada yang tidak hadir dan ada yang tidak buat kerja.

Tugas Chris sebagai presiden syarikat bertukar menjadi ‘polis’ yang memegang ‘rotan.’ Chris terpaksa bertanya “kenapa kau tak buat kerja?” dan “semalam ada meeting, kau pergi mana?”

Akhirnya Chris faham, sebenarnya mereka mahu menjadi pelabur, bukan pekerja syarikat.

Pelan baru

Chris ambil tugas untuk buat semua kerja dan dia mahu dia dibayar dengan semua kerja yang dia buat. Tetapi, syarikat tiada duit untuk bayar Chris.

Kemudian, mereka buat pelan 3 tahun syarikat. Dalam masa 3 tahun, jika syarikat mencapai sasaran jualan, Chris akan mendapat ekuiti.

Dengan modal $100,000 itu, mereka menempah 1,000 set Spikeball daripada kilang, membina satu website dan membuat logo.

Jualan bulan pertama

Mereka melancarkan laman web Spikeball.com pada bulan Jun 2008.

Bulan pertama mereka mendapat jualan $3,900. Semua hasil jualan itu (lebih tepat 99%) adalah datang daripada ahli keluarga dan kawan-kawan.

Jualan pada bulan-bulan seterusnya tidaklah laju. Selama 2 tahun, mereka tidak berjaya memecahkan rekod jualan bulan pertama $3,900 itu.

Terus mencuba

Chris memulakan liga Spikeball selepas waktu kerja. Itu adalah sebagai taktik ‘free marketing’ yang dia mahu cuba. Ia bukan senang tetapi Chris berjaya menganjurkan liga itu selama satu tahun.

Dia mengajak ahli keluar dan kawan-kawan untuk bermain Spikeball.

Setiap kali mendapat jualan, Chris akan hantar e-mel secara peribadi kepada pembeli untuk bercakap dengan mereka. Chris cuba mendapat maklumat bagaimana mereka dapat tahu mengenai Spikeball.

Taktik baru

Chris mula menghubungi kelab-kelab sukan dalam Facebook  dan Twitter. Chris memberi kelab itu set Spikeball percuma dan Chris hanya mahu gambar daripada mereka.

Setelah banyak belajar daripada kesilapan 5 tahun pertama, barulah bisnes Spikeball berkembang dengan baik.

Jualan meningkat dua kali ganda setiap tahun.

Langkah pertama untuk kembang bisnes

Chris masih tidak mahu mengambil pelabur kerana tidak mahu hilang kawalan kepada bisnesnya.

Dia tidak mempunyai staf tetap. Dialah yang bekerja siang dan malam. Kebanyakan hari dia bekerja dari 9 a.m. ke 6 p.m. dengan syarikat lain dan bekerja pula membangunkan Spikeball dari 8 p.m. malam hingga 1 a.m.

Jualan 5 tahun pertama adalah datang dari spikeball.com dan Amazon.

Chris tidak mahu lagi produknya masuk ke kedai kerana biasanya kedai tidak akan bayar tunai apabila barang dihantar. Mereka akan bayar dalam tempoh tertentu seperti 3 bulan sekali.

Selepas 5 tahun barulah Spikeball masuk ke kedai pertama, Darien Sports Shop.

Capai sasaran

Oktober 2013, Spikeball capai sasaran jualan $1,000,000 tanpa seorang pun pekerja sepenuh masa. Dengan pencapaian itu, isteri Chris bersetuju untuk Chris berhenti kerja.

Chris berjalan  ke arah kawasan letak kereta. Di situ ada telefon awam. Chris mengguna telefon awam itu untuk menghubungi bos tempat kerjanya untuk memberi notis berhenti kerja dua minggu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *