Modul 5: Marketing tanpa henti – sebarkan apa yang kita tawarkan sejauh mungkin

Menggunakan taktik pemasaran kos-rendah tetapi memberi impak-tinggi adalah jantung kepada bisnes kecil. Setelah kita mulakan operasi bisnes, kunci untuk bisnes kita terus kekal dalam pasaran adalah dengan usaha berterusan menghasilkan jualan yang konsisten.

“In the future, marketing will be like sex: Only the losers pay for it.” – Fast Company magazine, December 2010

Jika kita mulakan bisnes dengan ratusan ringgit, memang kita tidak ada duit untuk bayar kos pengiklanan. Jadi, bagaimana kita boleh buat orang tahu mengenai bisnes kita?

Gunakan kaedah yang percuma dahulu:

  • Mulakan dengan orang yang kita kenal dahulu. Beritahu mereka apa yang kita sedang buat sekarang. Menghantar mesej (whatsapp / FB mesej) atau emel yang ringkas sudah mencukupi: “Saya sedang mengusahakan satu projek iaitu _______. Tujuannya adalah untuk ______. Kami ia akan ___________. Jika tuan suka tuan boleh _______. Terima kasih.”
  • Jadikan ianya mudah untuk pelanggan mengesyorkan produk kita kepada orang lain – berikan mereka insentif/komisen sebagai galakan.
  • Gunakan strategi ‘freemium’ – berikan bantuan sebagai percuma dahulu untuk memperkenal servis atau produk. Contohnya, khidmat nasihat percuma.
  • Banyakkan berkata ‘ya’ jika ada orang minta bantuan – seandainya kita betul-betul boleh bantu orang itu selesaikan masalah, teruskan.
  • Aktif bersosial di media sosial – kekalkan momentum untuk buat posting setiap hari di media sosial. Sentiasa berikan komen positif pada posting orang lain. Bertanya khabar, bertegur sapa di media sosial.
  • Buat peraduan dan berikan hadiah – walaupun hadiah murah, orang akan menghargainya. Orang bukan mahu hadiah mahal, tetapi mereka mahukan penghargaan terhadap usaha.
  • Sentiasa bertanya kepada rakan – apa kerjasama yang boleh kita sama-sama lakukan.
  • Kekalkan perbualan dengan pelanggan sedia ada secara konsisten setiap bulan – dapatkan maklum balas mereka adakah produk kita betul-betul memberi nilai kepada mereka. Bertanya jika mereka ada idea-idea untuk baru untuk kita.
  • Buat audit terhadap bisnes setiap bulan – analisa apa peluang-peluang tersembunyi yang kita terlepas pandang.

Bisnes kecil perlu mengekalkan proses pemasaran yang ringkas. Buat senarai taktik yang kita mahu guna dalam satu kertas sahaja. Apa yang penting, perhati dan rekod hasil untuk setiap setiap taktik yang digunakan. Apabila bisnes telah membesar, barulah kita gabungkan dengan taktik-taktik iklan berbayar.

Kita jangan segan untuk bercakap-cakap dan berkongsi dengan sesiapa sahaja. Dengan teknologi yang ada sekarang, media sosial adalah ruang yang bagus untuk untuk berhubung dengan seramai mungkin pembeli dan bakal pembeli kita.

Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bernilai secara percuma di media sosial setiap hari. Ini akan dapat membangunkan tribe semakin besar hari demi hari.

KLIK di sini untuk download template pelan tindakan harian, mingguan dan bulanan.

Fokus – buat duit dengan cepat untuk kelangsungan bisnes

Perlu sentiasa diingat matlamat buat bisnes adalah untuk buat untung. Bukan untuk ada ramai peminat, disukai oleh semua orang, atau mencipta produk yang canggih tetapi tiada siapa mahu beli.

Berbisnes juga bukan untuk ada laman web yang cantik, menulis emel yang mengagumkan, atau ada blog yang popular.

Bisnes mesti ada keuntungan. Kalau dalam dunia bisnes korporat, ini dipanggil tanggungjawab kepada pemegang saham. Bisnes bukan pertandingan siapa yang lebih popular. Seorang CEO tidak boleh beri kenyataan kepada pemegang saham: “tengok, kita ada ramai pengikut di Facebook.” Pemegang saham tidak pandang perkara itu. Mereka mahu duit mereka selamat dan untung.

Kita bukan sahaja mahu buat apa yang kita suka. Kita mahu hasilkan duit dengan apa yang kita suka.

Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti bisnes kecil, kita jangan seronok dan asyik dengan perkara-perkara yang tidak menghasilkan duit. Untuk berjaya, kita mesti terus fokus kepada perkara-perkara yang menghasilkan duit…

Apa yang kita boleh lakukan untuk mendapat hasil yang maksimum daripada produk yang kita jual? Tiga strategi ini boleh membantu:

  1. Letakkan harga produk/servis berdasarkan kebaikan dan manfaat, bukan kos untuk menghasilkannyadengan kata lain, kita mesti tahu nilai pasaran produk yang kita tawarkan. Contoh: Orang sanggup belanja RM 100 untuk hilangkan jerawat. Kos untuk menghasilkan produk hilangkan jerawat adalah RM20. Jangan jual ia pada harga RM30. Kita mesti jual pada harga RM90 atau RM110.
  2. Tawarkan beberapa pilihan buat beberapa pilihan pakej dan harga. Kita ada pilihan jimat, pilihan sederhana dan pilihan premium. Kita mungkin akan terkejut apabila kita dapati ramai pelanggan sanggup bayar untuk harga yang paling mahal. Tetapi, perlu diingat juga, jangan beri terlalu banyak pilihan, 3 sudah memadai. Pelanggan yang keliru akan berlalu pergi tanpa membuat pembelian.
  3. Dapatkan bayaran berkali-kali. Cuba lihat sama ada kita boleh buat program yang berterusan atau langganan dengan bayaran bulanan. Fikir apa yang pelanggan mahu beli berkali-kali daripada kita. Lebih ramai kita dapat pelanggan yang mahu membeli berkali-kali daripada kita, pendapatan bisnes kita akan bertambah bagus.Ada seorang kenalan saya menjual pakej penghantaran makanan tengahari ke pejabat-pejabat. Tetapi dia tidak jual secara ala-carte. Untuk menempah, pelanggan mesti mengambil pakej mingguan atau bulanan dengan harga berbeza.