Modul 3: Bagaimana Tulis Tawaran Yang ‘Membunuh’

Tiada orang akan membeli daripada kita jika mereka tidak faham apa yang kita jual. Kita mesti pandai memberi penerangan tentang produk dan servis yang kita mahu tawarkan.

Langkah yang penting untuk startup kecil adalah menulis copywriting tawaran yang ‘membunuh’ kepada pelanggan. Ini adalah tawaran kebaikan produk dan servis yang sukar untuk pelanggan kita tolak.

Jika menjual secara online, kita boleh buat dalam format landing page. Jika kita menjual mulut ke mulut, kita boleh buat dalam format skrip jualan dan perbualan. Atau juga dalam bentuk flyers.

Anda boleh belajar secara terperinci untuk buat landing page yang bagus di thelandingpagecourse.com (percuma).

Beberapa garis panduan perlu diberi perhatian untuk menulis tawaran yang membunuh ini:

  1. Apa yang pelanggan kata mereka mahu adalah tidak sama dengan apa sebenarnya mereka mahutumpukan tenaga untuk mencari apa yang mereka mahu bukan apa yang mereka kata mereka mahu. Ini memerlukan kajian secara pemerhatian dan teknik bertanya soalan yang betul kepada pelanggan.
  2. Sentiasa ingat bahawa orang suka membeli tetapi mereka tidak suka dijualcipta satu ilusi bahawa kita sedang mengajak mereka untuk membeli dan bukannya sedang menjual sesuatu kepada mereka. Contohnya, hantar jemputan kepada mereka untuk melihat-lihat dahulu, bukan terus jual.
  3. Berikan sedikit tekanansatu sebab untuk mereka bertindak segera, bukan menunggu masa yang tepat. Contoh: “beli sekarang untuk harga jimat RM30.”
  4. Masukkan senarai soalan yang kerap ditanya (FAQ) ke dalam landing pagejawab soalan-soalan ini dengan baik. FAQ yang ditulis dengan baik akan meningkatkan keyakinan untuk orang beli apa yang kita tawarkan. Lebih terperinci FAQ yang kita hasilkan, lebih yakin pelanggan untuk membeli. Jawapan kepada soalan-soalan ini kita sendiri kena hafal supaya kita dapat menjawabnya dengan lancar apabila orang bertanya.Topik-topik yang bagus untuk letak dalam FAQ adalah sepeti:
    • Adakah produk/servis ini berkesan?
    • Adakah berbaloi saya melabur sebanyak ………….. untuk membeli produk/servis ini?
    • Kenapa anda (pembeli) perlu percaya kepada kami(penjual)?
    • Orang lain telah beli, dan ini apa yang mereka kata.
    • Maklumat peribadi anda selamat kerana…
  5. Cuba berikan jaminan untuk pemulangan semula wang jika tidak berpuas hati. “Jika anda tidak berpuas hati dengan produk kami, wang anda akan dipulangkan dalam masa 30 hari.”
  6. Gembirakan pelanggan dengan beri lebih daripada yang mereka jangka. Ia mungkin seringkas menghantar nota terima kasih tulisan tangan bersama-sama produk yang kita hantar.

Salah satu mod3el struktur copywriting untuk tunjukkan tawaran ‘membunuh’ adalah dengan menggunakan format berikut:

Bahagian #1 adalah di mana kita jelaskan manfaat utama produk atau servis.

Pada bahagian #2, kita kuatkan dengan memberitahu manfaat lain selain manfaat utama.

Pada bahagian #3, kita uruskan keraguan mereka dengan memberi jawapan-jawapan kepada kerisauan mereka.

Bahagian #4 pula, kita berikan mereka sedikit tekanan supaya mereka bertindak segera untuk membeli – seperti harga akan dinaikkan selepas sekian-sekian hari.

Kita tidak akan dapat menulis copywriting yang 100% betul. Kita akan memperbaiki masa ke masa setelah kita mendapat maklum balas dari pelanggan.

Pada peringkat awal, kita buat sahaja dan lihat apa yang berlaku.