Buat Duit Tanpa Bos – Intro

Mempunyai kerja dengan gaji tetap setiap bulan sudah menjadi gaya hidup sejak puluhan tahun dahulu.

Gaya hidup yang baru hari ini adalah mempunyai pendapatan yang bagus dengan bekerja secara bebas. Bebas untuk bercuti, bebas untuk tidak bekerja untuk jangka masa yang kita sendiri tentukan. Kita juga tentukan bila kita akan bekerja.

Isi Kandungan

Bahagian 1: Mindset

Bagaimana mengenal pasti minat dan kemahiran diri untuk jadikannya bisnes

3 sumber untuk mendapat peluang bisnes

Proses melengkapkan idea bisnes

Jangan serabut jika idea bisnes menjadi kompleks

Kenal pelanggan

Bagaimana membuat pilihan produk dan servis yang kita mahu jual

Bahagian 2: Model Bisnes

Bab 1 – Buat pelan bisnes untuk elak bisnes tunggang-langgang

Bab 2 – Bagaimana membuat tawaran yang sukar ditolak

Bab 3 – Lancarkan produk – dunia bisnes sebenar apabila diri bertemu pelanggan

Bab 4 – Bertindak tanpa henti – bagaimana membuat tindakan yang konsisten

Bab 5 – Titik fokus untuk elakkan bisnes mati

Bahagian 3: Membesarkan Bisnes

Bab 6 – Inilah yang perlu dilakukan jika tidak mahu prestasi bisnes menurun

Bab 7 – Rekrut orang lain

Bab 8 – Jadi sebesar mana yang kita mahu atau kekal dengan saiz sekarang

Peluang untuk membuat duit secara solo atau startup kecil telah terbuka dengan luas. Tidak pernah ada dalam sejarah peluang untuk membuat duit terbuka luas seperti sekarang.

Sekarang, kita boleh mulakan projek berdasarkan minat secara ‘part time.’ Dengan modal mungkin sekecil RM200, ia boleh menjadi besar dan kita boleh cipta masa hadapan kita sendiri.

Ada rakan saya berhenti kerja dan beliau mulakan servis desain grafik digital dari rumah. Beliau sudah mempunyai laptop dan internet sebelum beliau berhenti kerja lagi. Jadi, kos untuk beliau bermula boleh dikatakan RM0.

Walaupun ada perniagaan yang boleh dimulakan dengan RM0, saya letakkan RM200 kerana mungkin ada kos-kos yang kita boleh terlepas pandang seperti kos menambah peralatan dan kos mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Bisnes kecil – yang yang dijalankan secara solo tanpa pekerja dan kos ‘overhead’ – telah lama wujud. Apa yang baru dan menjadi lebih mudah adalah apabila wujudnya laman web dan media sosial.

Dengan adanya laman web dan media sosial, peniaga-peniaga boleh berhubung dengan lebih ramai  pelanggan dan prospek secara mudah, cepat, dan kos rendah.

Dengan ini, menjadi lebih mudah untuk kita menguji idea bisnes, memulakan dan membesarkan bisnes dengan cepat dan murah. Bahkan banyak risiko kegagalan dapat dikurangkan.

.

Perniagaan telah wujud zaman dahulu lagi. Dan akan terus wujud sehingga hari kiamat. Apa yang berubah adalah cara untuk berhubung dengan pelanggan dan membesarkan bisnes.

Tukang baiki paip bilik air dahulunya berhubung dengan pelanggan dengan mengedarkan ‘flyers’ dan menampal pelekat nombor telefon di dinding tempat laluan orang ramai. Dengan teknologi sekarang mereka boleh beriklan di Google dengan ‘target’ kepada orang yang mencari dengan perkataan ‘baiki paip bilik air’ di bandar tempat mereka beroperasi. Dia juga boleh menggunakan kaedah content marketing secara percuma dengan membuat content di blog dan media sosial.

Peluang untuk berniaga bukan lagi hanya untuk golongan tertentu. Ia terbuka untuk semua orang. Di seluruh dunia, sudah ramai orang mula tidak bekerja makan gaji. Mereka mengambil langkah baru mencipta duit sendiri dengan buat apa yang mereka suka.

Mereka tidak lagi berjuang untuk naik pangkat. Mereka cipta jalan mereka sendiri untuk buat duit. Mereka boleh berjaya tanpa kepakaran dan modal yang tinggi.

.

Apa yang paling menarik adalah kita boleh buat apa yang kita suka dan duit terhasil daripadanya.

Bagaimana jika anda sendiri yang menentukan jadual harian anda. Hidup bebas bukan lagi perkara mustahil dan angan-angan kosong. Ia betul-betul sedang berlaku sekarang.

Apa yang anda perlu adalah 3 langkah penting ini: (1) mindset yang betul, (2) mulakan bisnes dan (3) kembangkan bisnes.

Modul 1: Mindset dan Idea Bisnes