Mula Bisnes Dengan Modal Kecil, Bagaimana Melakukannya

Mula bisnes memerlukan modal duit. Ada orang berpendapat kalau tidak ada modal yang banyak, tidak boleh mula bisnes.

Tetapi, usahawan yang bermula daripada kosong, mereka memulakan bisnes dengan modal duit yang sangat minimum.

Dengan modal yang minimum itu, mereka bekerja kuat sehingga bisnes menjadi jutaan ringgit.

Oleh kerana mereka memulakan bisnes dengan modal duit yang minimum, ada beberapa perkara yang mereka lakukan.

1. Jangan terus berhenti kerja, mula bisnes secara separuh masa

Walaupun dengan berhenti kerja, kita boleh fokus 100% kepada bisnes, tetapi banyak orang-orang lama menasihati agar mula secara separuh masa dahulu tanpa berhenti kerja.

Bisnes yang baru bermula mempunyai cabaran untuk mendapat pelanggan. Orang masih belum kenal jenama kita.

Dengan kata lain, bisnes yang baru bermula tidak ada duit masuk sangat. Jika kita tiada sumber lain untuk menyara kehidupan, kita pastinya akan tertekan. Apabila pendiri bisnes mengalami tekanan, bisnesnya juga akan tertekan.

Mula bisnes dengan separuh masa dahulu dan jangan terus berhenti kerja. Apabila duit masuk ke dalam bisnes sudah stabil dan melebihi gaji, barulah boleh berhenti kerja.

.

Greg dan Holly Johson adalah pasangan yang dibebani oleh hutang dan langsung tidak mempunyai simpanan kewangan. Menyedari pekara itu, mereka nekad untuk jimat berbelanja, menyimpan duit dan membayar semua hutang.

Pada umur 30-an mereka berjaya membayar semua hutang kecuali hutang rumah. Mereka meletakkan matlamat untuk habis bayar hutang rumah sebelum umur 40.

Dengan kejayaan itu, mereka memulakan blog Club Thrifty untuk berkongsi dengan pembaca-pembaca lain. Blog itu diwujudkan sebagai bisnes untuk mencapai matlamat bagi berhenti kerja.

Club Thrifty bermula pada 2012 sebagai bisnes secara separuh masa. Ia adalah sebuah blog yang berkongsi mengenai pengurusan kewangan rumah tangga.

 

 

Isteri Greg, Holly Johnson berhenti kerja pada 2013 dan menguruskan blog Club Thrifty secara sepenuh masa. Pada tahun 2015, Greg pula berhenti kerja.

Dengan trafik di blog, mereka menjual kursus online, produk affiliate dan buku.

Hasil dari kejayaan dengan Club Thrifty, mereka membeli dua buah rumah dan membuka satu lagi bisnes iaitu Epic Reach Media.

2. Jangan sewa kedai atau pejabat

Pada peringkat awal, elakkan sewa kedai atau pejabat. Kos sewa adalah komitmen ‘overhead’ tinggi yang kita kena tanggung setiap bulan.

Gunakan apa sahaja ruang kerja yang ada terlebih dahulu.

Seorang mekanik kereta boleh sahaja membaiki kereta di hadapan rumah sebagai permulaan. Apabila sudah maju, boleh beralih ke premis yang lebih baik.

Jika bisnes kita hanya memerlukan laptop dan internet sebagai alat kerja, boleh sahaja buat kerja di rumah atau sekali-sekali lepak di kedai kopi seperti ‘Starbucks’ dan ‘Coffee Bean.’

.

Kelly Lester adalah seorang pelakon dan penyanyi. Dia menjalankan bisnes menjual ‘lunchbox’ dari rumah. Dia menamakan bisnes itu EasyLunchBoxes dan telah membuat jualan jutaan dolar.

Dia membuat tempahan lunchbox dari kilang berdekatan dan semua urusan pejabat diuruskan dirumahnya sahaja tanpa menyewa premis perniagaan.

3. Jangan beli peralatan yang mahal

Kita ada pilihan lain selain membeli peralatan seperti menyewa atau beli sahaja peralatan terpakai.

Kawan saya seorang penulis jutawan hanya menggunakan laptop terpakai untuk menulis buku dan artikel.

Kalau kita perlukan kenderaan untuk pengangkutan, jangan terus beli lori. Cuba sewa dahulu atau pinjam daripada orang lain.

Untuk kelengkapan pejabat, beli perabot terpakai. Kadang-kadang, ada sahaja pejabat-pejabat lain yang berikan perabot terpakai secara percuma untuk mempercepatkan proses naik taraf pejabat mereka. Dengan mengambil perabot percuma itu, kita dapat jimatkan banyak kos.

4. Tahan nafsu dan ikat perut

Jangan terus berbelanja dengan duit hasil daripada pendapatan bisnes. Kita mesti ikat perut dan tahan nafsu ‘shopping.’ Simpan duit itu untuk kegunaan bisnes di masa-masa tertentu.

Duit simpanan itu sangat perlu untuk bisnes kita ‘sustain’ di masa ekonomi tidak berapa bagus.

Duit bisnes juga perlu disimpan untuk pelaburan bagai mengembangkan bisnes di masa hadapan.

.

Galen Ward dan Douglas Cole mula bisnes Estately dengan seberapa jimat yang boleh.

Estately adalah platform untuk pembeli mencari rumah.

Mereka memuat naik website pertama menggunakan hosting percuma. Mereka mejadikan rumah Cole sebagai pejabat dan Galen Ward menggunakan meja isteri Cole apabila isterinya tiada di rumah.

Mereka bermula pada tahun 2007. Dengan usaha yang gigih akhirnya mereka mencapai angka jutaan dolar dan menambah ahli tim kepada 17 orang.

5. Elak guna iklan yang mahal

Walaupun kita ada duit, elakkan dahulu penggunaan iklan yang mahal. Cuba guna teknik pemasaran percuma.

Atau pun belanja minimum sahaja menggunakan pengiklanan internet. Ini untuk membiasakan kita dengan permainan iklan yang memerlukan banyak proses ‘try and error.’

Jika kita ada bajet RM1,000 contohnya, jangan guna terus kesemua duit itu untuk satu iklan. Kalau satu iklan kita guna RM10 sahaja, kita boleh buat 100 kali iklan. Ini memberi kita peluang banyak kali untuk ‘try and error’ sebelum kita mahir dengan teknik pengiklanan.

Fokus juga cara pemasaran yang murah seperti meminta rakan membuat review, hadir ke program-program yang ada prospek kita berkumpul dan menggunakan content marketing di media sosial.

.

Content Marketing Institute (CMI) adalah hab pendidikan untuk pemasaran content yang paling popular. Ia diasaskan oleh Joe Pulizzi.

CMI menganjurkan acara Content Marketing terbesar di dunia dengan kehadiran daripada lebih 30 buah negara. Namu begitu, dalam tempoh 6 tahun CMI hanya membelanjakan USD39k sahaja untuk pengiklanan.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *