Mick Fleetwood Manusia Genius Yang Bodoh Matematik

Di dalam dunia muzik, Mick Fleetwood adalah seorang pemain dram yang sangat tekenal dan berjaya. Dia dan ahli kumpulannya telah berjaya menjual puluhan juta unit album. Dua albumnya Fleetwood Mac dan Rumours dipuji sebagai ‘hasil kerja orang genius’ oleh pengkritik rock.

Walaupun begitu, semasa di zaman sekolah, ramai orang telah menganggap dia sebagai pelajar yang amat lemah. Markah-markah ujiannya di sekolah sungguh tidak menunjukkan dia seorang yang bijak, bagi kebanyakan orang pada waktu itu.

“Saya seorang yang terbuang dalam bidang akademik,” katanya. “Saya mempunyai kelemahan belajar di sekolah sehingga sekarang. Saya langsung tidak faham matematik. Saya tidak dapat sebut ABC mengikut turutan dengan lancar apatah lagi secara terbalik. Jika ada orang bertanya ‘apakah huruf sebelum huruf ini,’ saya akan berpeluh.”

Dia masuk ke sebuah ‘boarding school’ di England dan pengalamannya di situ amatlah tidak memuaskan. Dia mempunyai kawan tetapi tidak gembira. Apabila dipaksa belajar, dia takut dan rasa sengsara. Dia tidak dapat melihat apakah masa depannya kerana pelajaran akademik tentu sebuah kegagalan yang pasti.

Tetapi nasib baiknya, dia datang dari keluarga yang boleh melihat kehidupan di luar daripada apa yang ada di sekolah. Ayahnya seorang juruterbang tentera, selepas berhenti, ayahnya meneruskan minat senagai penulis. Ayahnya pernah membawa dia dan keluarga tinggal di ‘barge’ sungai Thames, Kent selama 3 tahun untuk mengejar impian sebagai penulis. Kakaknya Sally adalah pembuat arca yang tinggal di London. Seorang lagi kakaknya Susan mengejar karier dalam bidang teater. Keluarganya faham kepandaian itu boleh datang dalam bentuk dan bidang yang berbeza. Bodoh matematik dan tidak pandai sebut ABC secara terbalik bukan bererti kegagalan hidup.

Mick boleh bermain dram. Baginya, bermain dram adalah lebih hebat dari bermain piano. Mungkin bagi sesetengah orang, mengetuk dram adalah perkara biasa tetapi dia merasakan satu pengalaman yang hebat semasa bermain dram. Dan dia sangat mahu menjadi seorang pemain dram yang berjaya.

Cita-citanya sebagai pemain dram bermula semasa dia masih kanak-kanak. Ketika itu dia pergi ke rumah kakaknya yamg tiggal di London. Dia dan kawan pergi melihat persembahan kumpulan muzik, ada piano dan dram. Dia merasa amat tertarik. Dia mula fikir itulah impiannya.

Balik semula ke sekolah, dia terus menanam impian sebagai pemain dram dan gambaran dia bermain dram dengan ahli-ahli kumpulan yang lain sentiasa di dalam kepala. Dia telah membuat komitmen dalaman yang kuat. Tetapi dalam masa yang sama, dia tidak gembira di sekolah yang menampakkan dia seorang pelajar yang tidak berguna berdasarkan perbamdingan dengan pelajar-pelajar lain.

Prestasi Mick di sekolah terus mengelirukan guru-gurunya. Mereka rasa Mick seorang budak yang bijak tetapi keputusan ujian menunjukkan sebaliknya. Situasi sekolah seperti ini adalah mengecewakan bagi seorang budak yang berimpian untuk menjadi pemain dram. Setelah dia berumur belasan tahun, dia fikir cukuplah sekolah bagi dirinya.

Pada satu ketika, dia keluar dari keluar dan duduk di bawah satu pokok yang besar. Dia berdoa, tidak lagi mahu ke sekolah dan mahu ke London menyertai kelab Jazz. Ia mungkin satu perkara yang bodoh dan keterlaluan, tetapi dia telah membuat komitmen pada sendiri untuk menjadi pemain dram.

Ibu bapa Mick faham sekolah bukan tempat untuk orang ‘sebijak’ Mick. Pada umur 16 tahun, Mick memberitahu ibu bapanya untuk berhenti sekolah. Ayahnya tidak memaksa dia agar berhenti selepas habis sekolah malah terus menghantar dia ke London dengan kereta api. Dia membawa sekali peralatan dram. Ayahnya memberi kebenaran untuk dia mengejar inspirasi hidup.

Apa yang belaku seterusnya adalah siri-siri kejayaan yang mula datang satu persatu dalam hidupnya. Semasa dia sedang berlatih dram di dalam garaj rumahnya, jirannya datang mengetuk pintu. Jirannya Bardens adalah seorang pemain keyboard. Mick sangka Bardens mahu memberitahu dia telah buat bising dan mengganggu jiran. Tetapi Bardens datang untuk mengajak dia bermain dram bersamanya di satu gig yang berdekatan. Ini telah membawa Mick ke dalam liga muzik di London dalam tahun 1960-an. Sewaktu kanak-kanak dia tidak pernah rasa “sense of accomplishment.” Sekarang dia mula merasainya.

Seorang kawannya yang lain Peter Green memberi tawaran kepadanya untuk menggantikan pemain dram bagi kumpulan John Mayal’s Bluesbreaker yang pernah disertai oleh Eric Clapton, Jack Bruce dan Micm Taylor. Kamudian, dia bergabung dengan Peter Green dan seorang lagi bekas ahli kumpulan Bluesbreakers, John McVie, menubuhkan kumpulan Fleetwood Mac. Setelah itu, Fleetwood Mac berjaya menghasilkan rakaman-rakaman multiplatinum yang selalu habis terjual. Walaupun dia seorang pemain dram yang terkenal di dunia, tetapi gaya tidak akademiknya semenjak dari sekolah masih ada.

“Saya mempunyai gaya tidak berstruktur seperti matematik. Saya terus akan jadi bodoh jika ada orang tanya ‘berapa nilai empat per lapan?’ Seorang pemuzik bertanya kepada saya, ‘kamu tahu tak dalam chorus pada beat yang kedua.. ‘ saya terus jawab, ‘tak tahu’ kerana saya tidak tahu apa itu chorus di atas kertas. Tetapi jika lagu bermain, saya tahu yang mana chorus apabila saya mendengarnya.”

Bagi Mick Fleetwood, keluar dari sistem sekolah yang mengajar akademik sahaja adalah langkah kejayaan baginya. Ibu bapanya melihat masa depan yang cerah baginya bukan dalam bidang akademik. Dia mempunyai bakat hebat yang tidak dapat didedahkan oleh sistem peperiksaan sekolah. Kejayaannya berlaku kerana dia tidak mengikut aliran orang ramai tetapi mengikut kemahuan sejati yang kuat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *