David O Neal Jana Pendapatan USD903,000 Setelah Berhenti Kerja

Akibat tidak dapat naik pangkat, dia telah membuat keputusan berhenti kerja.

Lalu dia memulakan kedai gunting dan dandan rambut bagi kanak-kanak. Sekarang dia mempunyai sembilan cawangan dengan pendapatan tahunan $903,000.

David O Neal sekarang berumur 32 tahun, pernah mempunyai karier yang agak berjaya dalam dunia perbankan. Tetapi, akhirnya berhenti kerja dan cuba mendapat persijilan dalam bidang ‘hairdressing.’

Dia memberitahu the Sun Online:

Saya bekerja dalam bidang perbankan, ia kerjaya yang bagus dengan pendapatan USD44,000 setahun.

Tetapi saya seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai impian untuk memiliki bisnes sendiri. Kegagalan saya kali ini betul-betul memberi kekuatan.

Apabila saya memohon untuk kenaikan pangkat, saya tidak berjaya. Saya tahu itulah masanya untuk saya beralih mengejar impian.

David mendapat idea bisnes ketika dia cuba untuk gunting rambut anaknya. Anaknya tidak suka semasa David menggunting rambutnya.

Lalu David mendapat idea untuk beri anaknya bermain Playstation atau menonton movie semasa menggunting rambut. Ini membuat anaknya gembira.

Daripada idea itu, dia membuka bisnes Shorcut’s children’s hairdressers.

Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah akan digunting rambut sambil berada di dalam kereta-mini.

Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas pula, mereka boleh bermain Playstation atau menonton kartun.

Ia mungkin lucu, tetapi itulah yang kanak-kanak mahu.

David membuka kedai pertamanya pada 2014 di Milton Keynes. Sejak itu, bisnesnya berkembang kepada 9 cawangan dengan 30 orang pekerja.

Dia sekarang mahu menambah bisnes baru iaitu kafeteria dengan ruang bermain kanak-kanak.

Mengambil risiko berhenti kerja mungkin menakutkan, terutamanya apabilla kita mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Pastikan kita mendapat sokongan daripada pasangan untuk melalui jalan-jalan yang sukar setelah berhenti kerja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *