Rujuk Data Dalaman Bisnes, Ia Lebih Cepat dan Murah

Sebuah bisnes dapat menjalankan aktiviti dengan berkesan apabila ia betul-betul kenal pelanggannya. Untuk kenal pelanggan, data pelanggan mesti dikumpul dan dianalisa.

Pemasaran yang menghasilkan ‘conversion’ (atau jualan) adalah bermula dengan bisnes itu mempunyai ‘insight’ terhadap pelanggan dan pasaran.

Walaupun takrif ini mungkin tidak tepat pada bahasa, bagi saya insight adalah pengetahuan mendalam terhadap sesuatu perkara.

Selain pelanggan, kita juga perlu ada insight mengenai pesaing, program pemasaran yang kita jalankan, dan produk yang kita bawa masuk ke dalam pasaran.

Uncertainty

Perkara yang paling mencabar dalam bisnes adalah ‘uncertainty.’ Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku esok hari. Ketidaktahuan inilah menjadi kesukaran untuk membuat keputusan dalam bisnes dan menentukan apakah aktiviti yang akan kita lakukan esok itu adalah betul.

Beberapa kaedah perlu kita gunakan untuk mengurangkan risiko kegagalan terhadap aktiviti yang kita lakukan. Salah satu daripada kaedah yang biasa digunakan adalah rujuk kepada data-data yang ada untuk membuat keputusan.

Usahawan dan syarikat lama beroperasi dapat membuat keputusan yang lebih baik. Ini adalah kerana mereka telah menempuh beberapa naik turun dalam bisnes. Mereka menempuh beberapa kemelesetan ekonomi. Mereka mempunyai ‘insight’ berdasarkan data-data yang mereka ada.

Dan data-data yang telah mereka rekod inilah yang membantu mereka membuat keputusan tepat apa aktiviti yang mereka mesti lakukan mengikut keadaan semasa.

Setiap bisnes perlu ada data pasaran dan pelanggan. Data-data ini akan membantu tim bisnes membuat keputusan yang tepat berdasarkan keadaan semasa.

Data dalaman dan data luaran

Data dalaman adalah data yang kita ada dan kumpul hasil daripada semua aktiviti bisnes yang kita jalankan.

Data luaran pula adalah data-data penting yang belum kita ada – yang kita perlu upah orang lain (atau kita sendiri yang buat) untuk lakukan kajian pasaran.

.

Data dalaman ini boleh kita akses dengan cepat dan murah.

Ia diperolehi melalui rangkaian aktiviti-aktiviti yang ada dalam organisasi bisnes.

Aktiviti pemasaran mengumpul maklumat ciri-ciri pelanggan, jualan dalam talian, jualan kedai, data pelawat laman web dan media sosial.

Aktiviti khidmat pelanggan merekod maklumat kepuasan pelanggan dan masalah perkhidmatan yang kita berikan.

Aktiviti perakaunan menyimpan rekod jualan, kos dan aliran tunai secara terperinci. Bahagian operasi pula menyimpan laporan produksi, penghantaran, dan inventori.

Bahagian jualan pula ada data seperti keaktifan agen jualan, aktiviti-aktiviti pesaing dan keberkesanan saluran jualan yang telah digunakan.

USAA

USAA menawarkan perkhidmatan kewangan kepada tentera Amerika Syarikat dan keluarga mereka. Kaedah pemasaran yang digunakan adalah melalui panggilan telefon dan pengiklanan online.

Ia menyimpan data pelanggan yang sangar besar yang direkod daripada pembelian pelanggan, maklumat daripada survey pelanggan dan aktiviti pengguna di laman web mereka USAA.

USAA menggunakan data itu bagi mengubah-suai aktiviti pemasaran sesuai dengan keperluan setiap individu yang menjadi pelanggan mereka.

Sebagai contoh, untuk pelanggan yang hampir bersara, mereka menghantar maklumat mengenai ‘estate planning.’ Jika keluarga itu mempunyai anak baru masuk ke alam dewasa, mereka menghantar maklumat mengenai bagaimana cara menggunakan kad kredit dengan berhemah.

Seorang pelanggan USAA meberitahu betapa gembiranya dia apabila USAA membantu anaknya mendapat lesen memandu kereta.

Semasa anaknya sedang dalam proses belajar untuk lulus ujian mendapat lesen memandu kereta, USAA menghantar maklumat dan ilmu penting bagaimana untuk memandu kereta, berlatih untuk mendapat lesen, dan kaedah-kaedah pemanduan yang selamat.

Melalui penggunaan data pelanggan, USAA memberi perkhidmatan kepada pelanggannya secara unik bagi setiap individu – akhirnya pelanggan berpuas hati dan setia kepada jenamanya. USAA berjaya mengekalkan 98% pelanggan.

MACY’S

Macy’s telah mengumpul data 33 juta pelanggan yang membuat pembelian berjumlah 500 juta setahun.

Antara maklumat setiap pelanggan yang disimpan adalah demografi, pembelian kedai, pembelian online, gaya pakaian yang disukai, apa yang menjadi motivasi pembelian, cara interaksi di laman web dan media sosial.

Macy’s kemudiannya menganalisa data itu dan menggunakan ‘insight’ yang mereka perolehi untuk mencipta pengalaman membeli yang unik bagi setiap pelanggan.

Selamat Hari Lahir! Keri

Sebagai contoh, Macy’s menghantar 500,000 katalog versi unik bagi setiap pelangan.

Seorang pelanggan itu mungkin tidak minat hal-hal di dapur, tetapi dia suka kosmetik, kasut dan aksesori wanita. Jadi, di dalam katalog yang dihantar kepadanya tiada barangan dapur tetapi ada barangan kosmetik, kasut dan aksesori wanita.

…..

Featured artwork: The Giralda Seville Spain by Edward Alfred Angelo Goodall RWS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *