Cara Memulakan Bisnes Pertama Dengan 0% Risiko Kegagalan

Ramai orang yang belum pernah ada bisnes mahu tahu bagaimana cara memulakan bisnes.

Soalan yang paling kerap orang tanya saya adalah: “bagaimana mahu buat duit?”

Soalan ini kelakar sebenarnya. Daripada pengamatan saya, orang yang bertanya sudah tahu jawapannya. Cuma mungkin dia mahu tahu bagaimana mahu buat duit cepat dan mudah.

Memang ada cara untuk buat duit cepat dan mudah, syaratnya orang itu sudah lama berbisnes.  Sambung membaca Cara Memulakan Bisnes Pertama Dengan 0% Risiko Kegagalan

Mula Bisnes Dengan Modal Kecil, Bagaimana Melakukannya

Mula bisnes memerlukan modal duit. Ada orang berpendapat kalau tidak ada modal yang banyak, tidak boleh mula bisnes.

Tetapi, usahawan yang bermula daripada kosong, mereka memulakan bisnes dengan modal duit yang sangat minimum.

Dengan modal yang minimum itu, mereka bekerja kuat sehingga bisnes menjadi jutaan ringgit.

Oleh kerana mereka memulakan bisnes dengan modal duit yang minimum, ada beberapa perkara yang mereka lakukan. Sambung membaca Mula Bisnes Dengan Modal Kecil, Bagaimana Melakukannya

David O Neal Jana Pendapatan USD903,000 Setelah Berhenti Kerja

Akibat tidak dapat naik pangkat, dia telah membuat keputusan berhenti kerja.

Lalu dia memulakan kedai gunting dan dandan rambut bagi kanak-kanak. Sekarang dia mempunyai sembilan cawangan dengan pendapatan tahunan $903,000.

David O Neal sekarang berumur 32 tahun, pernah mempunyai karier yang agak berjaya dalam dunia perbankan. Tetapi, akhirnya berhenti kerja dan cuba mendapat persijilan dalam bidang ‘hairdressing.’ Sambung membaca David O Neal Jana Pendapatan USD903,000 Setelah Berhenti Kerja

Rujuk Data Dalaman Bisnes, Ia Lebih Cepat dan Murah

Sebuah bisnes dapat menjalankan aktiviti dengan berkesan apabila ia betul-betul kenal pelanggannya. Untuk kenal pelanggan, data pelanggan mesti dikumpul dan dianalisa.

Pemasaran yang menghasilkan ‘conversion’ (atau jualan) adalah bermula dengan bisnes itu mempunyai ‘insight’ terhadap pelanggan dan pasaran.

Walaupun takrif ini mungkin tidak tepat pada bahasa, bagi saya insight adalah pengetahuan mendalam terhadap sesuatu perkara.

Selain pelanggan, kita juga perlu ada insight mengenai pesaing, program pemasaran yang kita jalankan, dan produk yang kita bawa masuk ke dalam pasaran. Sambung membaca Rujuk Data Dalaman Bisnes, Ia Lebih Cepat dan Murah

Panduan Berhenti Kerja dan Buat Duit Sendiri

Peluang untuk membuat duit secara solo atau startup kecil telah terbuka dengan luas. Tidak pernah ada dalam sejarah peluang untuk membuat duit terbuka luas seperti sekarang. Sekarang, kita boleh mulakan projek berdasarkan minat secara ‘part time.’ Dengan modal mungkin sekecil RM200, ia boleh menjadi besar dan kita boleh cipta masa hadapan kita sendiri.

Kandungan ini adalah untuk akses pelanggan “Panduan Mula Bisnes Dengan Modal Kecil“.

Jika anda telah membuat pembelian, sila log masuk.

Pengguna Chrome Dan Firefox Adalah Orang Yang Anda Patut Ambil Sebagai Pekerja

Seorang ahli ekonomi, Michael Housman mengkaji pekerja di bahagian khidmat pelanggan. Dia mahu mengetahui kenapa sebahagian daripada pekerja-pekerja itu boleh bertahan lama dengan kerja mereka. Manakala, sebahagian lagi tidak dapat bertahan lama dan bertukar kepada pekerjaan lain.

Dia bersama pasukan kajian mengumpul dan menganalisis data 30 ribu pekerja. Mereka ini bekerja menjawab panggilan bagi pihak bank, syarikat penerbangan, dan telekomunikasi. Sambung membaca Pengguna Chrome Dan Firefox Adalah Orang Yang Anda Patut Ambil Sebagai Pekerja

7 Hakikat Yang Saya Tidak Sangka Ada Dalam Bisnes

Saya menyertai ABS 3 tahun yang lalu semasa ABS baru ditubuhkan. Semenjak ditubuhkan, dari masa ke masa ABS menambah rakan kongsi dan anak syarikat yang baru. Membangunkan syarikat Holdings bukan sesuatu yang mudah dan boleh berlaku dengan cepat.

Ia adalah pengalaman yang membuka mata, memenatkan, menggembirakan, mengecewakan, dan amat bernilai kepada setiap orang yang terlibat. Sebuah pengalaman adalah amat bermakna untuk melihat sendiri secara nyata bagaimana ABS membina, menjual dan mengubahsuai sebuah nilai tawaran (USP). Sambung membaca 7 Hakikat Yang Saya Tidak Sangka Ada Dalam Bisnes

Kenapa Pekerja Yang Bagus Akhirnya Meninggalkan Kita

Sering saya dengar orang bisnes mengeluh kerana staf yang cemerlang akhirnya meninggalkannya dan pergi berkerja di syarikat lain. Ia tentunya menjatuhkan self-esteem dan meningkatkan kos untuk melatih staf baru.

Orang yang pergi meninggalkan kita tentunya ada sebab tersendiri tetapi kita tidak dapat mengetahuinya kerana dia telah pun pergi. Sambung membaca Kenapa Pekerja Yang Bagus Akhirnya Meninggalkan Kita