Bermula Sebagai ‘cleaner’ Akhirnya Menjadi Naib Presiden Frito-Lay.

Richard Motanez berasal dari sebuah keluarga pemetik anggur. Mereka tinggal di Guasti, California.

Walaupun tinggal di Amerika, dia tidak menguasai Bahasa Inggeris. Dia dan keluarganya menggunakan bahasa Spanish. Di sekolah, dia tidak dapat menguasai pelajaran kerana dia tidak memahami Bahasa Inggeris, yang mana bahasa pengantar sekolah adalah Bahasa Inggeris. Ini menjadikan sekolah adalah tempat yang amat tidak selesa baginya. Di waktu pagi, apabila ibunya membuat persiapan untuk dia ke sekolah, dia akan menangis.

Akhirnya, dia menjadi salah seorang ‘high school drop out,’ dia melakukan berbagai kerja untuk menyara kehidupan. Membasuh kereta, membersihkan laman rumah dan bekerja di kilang ternakan adalah sumber kewangan baginya pada waktu itu.

“Tiada siapa pernah mengajar saya untuk hidup dengan lebih berjaya. Apa yang menjadi impian saya pada waktu itu adalah pemandu lori sampah,” Montanez memberitahu dalam satu sesi bersama Fox News.

Pada tahun 1976, seorang kawannya memberitahu ada kerja kosong sebagai tukang cuci di kilang Frito Lay. Dia pergi memohon kerja tersebut dan mula bekerja sebagai tukang cuci.

Sebaik sahaja dia mendapat kerja di Frito Lay, ayahnya memberikan nasihat: “pastikan lantai berkilat, dan biar orang tahu itu adalah hasil kerja Montanez.” Ayahnya bermaksud agar dia buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan dikagumi oleh orang lain.

.

Sewaktu bekerja di situ, dia mula berkawan dengan beberapa orang jurujual. Dia juga melihat bagaimana mesin-mesin di dalam kilang bergerak.

Daripada pemerhatian, dia mula perasan sesuatu.

Dia pernah menemani seorang jurujual keluar membuat jualan di kawasan kejiranan Latino. Dia mendapati semua produk Frito-Lay hanya berperisa masin dan BBQ. Tiada yang betul-betul pedas.

Pada satu hari di kilang, salah satu mesin memproses Cheetos rosak dan meninggalkan Cheetos yang belum diletak keju. Montanez membawa pulang sedikit Cheetos itu yang belum ada ‘cheese coating.’ Dia menaburkan serbuk cili yang dibuat sendiri dirumah. Dia memberikan Cheetos yang telah diubah suai itu kepada ahli keluarga dan rakan untuk dicuba. Hasilnya, ia memang disukai ramai.

Keluarganya mendesak supaya dia memberikan cadangan kepada penyelia di tempat kerjanya.

.

“Saya bodoh, saya tidak tahu yang saya tidak boleh menghubungi CEO, saya tidak tahu peraturan,” kata Montanez.

Dia menghubungi CEO Roger Enrico melalui talian korporat. Pembantu eksekutif Enrico menjawab panggilan itu dan bertanya kepadanya mengenai jawatan dan bahagian mana dia bekerja. Pada mulanya pembantu itu menyangka dia adalah pengurus besar Frito Lay di California. Tetapi, Montanez terus memberitahu dia adalah tukang cuci di kilang Rancho Cucamonga. Walaubagaimanapun, akhirnya dia dapat bercakap dengan Enrico.

Enrico memberitahu dalam masa dua minggu dia akan berkunjung ke kilang itu dan meminta Montanez bersiap untuk sesi pembentangan.

Dia tiada pengetahuan tentang bisnes, apatah lagi menyiapkan proposal bisnes. Montanez dan isterinya pergi ke perpustakaan untuk membaca buku mengenai strategi pemasaran, rekaan grafik dan lain-lain. Dia juga menyiapkan 100 pek snek.

Buat pertama kalinya dia membeli tali leher dengan harga 3 dolar semata-mata untuk sesi pembentangan tersebut.

Pada hari pembentangan, seorang eksekutif bertanya kepadanya, “berapa banyak market share Hot Cheetos akan dapat?” Dia jadi bodoh dan tidak bagaimana mahu menjawabnya. Lalu dia mendepa kedua belah tangan dan berkata, “sebanyak ini.”

Enrico menyukai idea itu dan pada tahun 1991, Flamin’ Hot Cheetos mula berada di rak-rak dalam pasaraya seluruh Amerika.

.

Pada hari ini, Flamin’ Hot Cheetos adalah di antara produk Freeto Lay yang terlaris.

Montanez bukan lagi pengelap lantai. Dia adalah Vice President of Multicultural sales PepsiCo America.

Freeto Lay adalah makanan yang digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dari Katy Perry hingga masyarakat paling bawah. Dan Richard Motanez adalah penciptanya.

Dia masih lagi tinggal di Rancho Cucamonga dan mengajar MBA di sebuah kolej berdekatan.

Ada seorang pelajar bertanya kepadanya, bagaimana dia boleh mengajar MBA tanpa Ph.D.

Dia berkata, “saya ada PH.D iaitu ‘poor, hungry and determined.'”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *